Perlis atau juga dikenali dengan gelaran kehormatannya yang standard Perlis Indera Kayangan adalah negeri terkecil di Malaysia.
Ia terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Wilayah Satun dan Songkhla Thailand di sempadan utara. Ia bersempadan dengan negeri Kedah di sebelah selatan.
Ibu kota Perlis adalah Kangar dan ibu kota kerajaan, di mana Raja mempunyai kediamannya, adalah Arau. Perlis adalah satu-satunya negeri di mana penguasa mempunyai gelaran Raja.
Mari kita lihat 15 tempat menarik di Perlis dan aktiviti standard yang dilakukan pelancong ke negeri istimewa ini:
Galeri Diraja Arau
Galeri Diraja Arau merupakan destinasi yang wajib dilawati jika anda berkunjung ke Negeri Perlis!
Galeri ini telah dibina pada tahun 1905 di zaman penerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalulail.
Di sini anda berpeluang untuk melihat pelbagai koleksi barangan diraja Perlis seperti Cop Resmi Diraja, Basikal Rotan dari Switzerland, singgahsana lama dan banyak lagi.
Menariknya, di sini terdapat kain siwah iaitu kelambu kaabah yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi kepada Sultan Perlis.
Kebiasaannya untuk ke sini anda perlu membuat permohonan bertulis kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.
Ia akan dibuka kepada seluruh rakyat jelata ketika Program Malam Kilauan Cahaya sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | Arau, 02600 Arau, Perlis | Masuk adalah percuma
Muzium Kota Kayang
Anda juga boleh melawat ke Muzium Kota Kayang untuk mengetahui pelbagai sejarah negeri Indera Kayangan ini.
Bangunan yang menggunakan seni bina rumah Perlis ini menempatkan tiga buah galeri utama.
Galeri pertama merupakan pengenalan kepada bangunan Benteng Kayang serta barangan yang digunakan oleh golongan bangsawan Perlis.
Galeri kedua pula menempatkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitr negeri Perlis.
Manakala galeri ketiga menceritakan tentang keluarga kerabat diraja Nabi Muhammad s.a.w., mempamer replika bunga emas dan pelbagai koleksi lain.
Muzium ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Jadi rancanglah percutian anda sebaiknya.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02000 Kuala Perlis, Perlis | Masuk adalah percuma | Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang
Masjid Alwi & Masjid Al-Hussain
Masjid Alwi merupakan salah sebuah mercu tanda keislaman yang dibina pada tahun 1931.
Ia dinamakan sebagai Masjid Alwi sempena nama Raja Negeri Perlis iaitu Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail.
Masjid tertua di negeri Perlis ini turut diiktiraf sebagai tapak warisan negara.
Selain itu Masjid Al-Hussain turut menarik untuk dilawati.
Masjid yang terletak di Kuala Perlis ini merupakan masjid terapung dengan tema konsep resort tropika dan diilhamkan Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.
Di sini terdapat tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab.
- Lihat Hotel | Lihat Peta Masjid Alwi | Lihat Peta Masjid Al Hussain | Pengangkutan | 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis
Taman Negeri Perlis & Kanopi SPF Mata Ayer
Taman Negeri Perlis ini pula terletak 3km dari Pekan Wang Kelian iaitu sempadan bagi Malaysia-Thailand.
Di sini anda berpeluang untuk melihat spesies plant life dan fauna pada zaman purba yang aneh!
Antaranya pokok Bogak, Beruk Kentoi dan formasi Setul yang merupakan formasi tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun!
Malah anda boleh melakukan aktiviti jelajah gua, melihat burung, bergambar serta belajar pendidikan alam di sini.
Menariknya tentang hutan ini kerana ia merupakan satu-satunya hutan separa daun di Malaysia!
Hutan separa daun bermaksud, daun-daunnya akan gugur dalam jangka masa yang begitu singkat.
Nak tengok pokok jati yang tertua di Malaysia?
Ayuh melalui jalan kanopi di Laluan Kanopi SPF Mata Ayer.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | M5XR+4J Kaki Bukit, Perlis
Ladang Anggur
Nak merasa pengalaman memetik buah anggur? Anda boleh ke Ladang Anggur Perlis yang terletak di daerah Kangar.
Ladang Anggur ini turut beroperasi setiap hari pada jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Jika berkunjung ke sini anda boleh melihat pelbagai jenis anggur, antaranya Dim Queen, Dim Opal dan Unique White Malaga.
Di sini bukan sahaja terdapat tanaman anggur malah ia turut dipenuhi dengan Pokok Tin, Pokok Gac, Pokok Delima dan lain-lain pokok.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | R119, Kampung Lembah Tuwi, 01000 Kangar, Perlis
Rimba Herba Perlis
Bagi pencinta herba atau ubat-ubatan tradisional, anda boleh singgah ke Rimba Herba Perlis yang seluas 12 hektar untuk melihat variasi tanaman herba.
Lokasi ini telah dibangunkan pada tahun 1988 bagi mengumpulkan pelbagai tanaman herba yang digunakan oleh penduduk tempatan bagi perubatan tradisional.
Dikatakan pada tahun 2000, koleksi herba taman ini sudah mencecah lebih kurang 600 spesies.
Antara tanaman herba yang terdapat di sini adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Selasih dan banyak lagi. Jika berkunjung di sini anda dapat mengenali tentang pelbagai kegunaan dan kebaikan bagi setiap tumbuhan tersebut.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | G5M9+MJ Kangar, Perlis | Tiket masuk RM1.00 untuk dewasa
Ladang Nipah Kipli
Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kuala Sanglang ini mempunyai lebih kurang 2000 pokok nipah bagi menghasilkan jus nipah segar.
Anda boleh bersiar-siar dikawasannya bagi melihat pokok-pokok nipah dengan lebih jelas.
Tambahan lagi, anda boleh duduk bersantai di pondok atau berayun di atas buaian bagi menghilangkan kepenatan.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Laksa Kuala Perlis dan kepiting sawah yang segar!
Tidak puas menghayati suasana yang mendamaikan ini, anda boleh berkhemah di sini secara berkumpulan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02700 Sanglang, Perlis | Dibuka dari 1 Petang hingga 7:30 malam
Tasik Timah Tasoh
Tasik Timah Tasoh merupakan antara tarikan terkini di negeri Perlis ini.
Jika berkunjung di sini, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti berkayak, menaiki kenderaan seperti scooter, basikal dan kereta api kanak-kanak untuk mengelilingi kawasan tasik serta anda boleh juga memancing di tasik ini.
Destinasi ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mengabadikan kenangan, kerana terdapat beberapa props yang disediakan bagi mencantikkan gambar anda.
Lokasi ini gamat sehingga waktu malam kerana orang ramai makin galak untuk bergambar di kawasan pokok tulip bercahaya.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | H688+4Q Kangar, Perlis | Dibuka 24 jam. Utamakan keselamatan kanak-kanak
Taman Ular dan Reptilia Perlis & Ladang Burung Unta
Anda merupakan peminat haiwan reptilia? Jom singgah ke Taman Ular dan Reptilia yang menempatkan lebih kurang 150 ekor ular daripada pelbagai spesies!
Anda berpeluang untuk mendekati haiwan ini bagi menangkap gambar dengan pelbagai aksi serta jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan ular.
Di sini bukan sahaja boleh melihat haiwan reptilia malah anda boleh melawat ke ladang bunga matahari!
Ingin bergambar seperti di ladang bunga matahari Lopburi, Thailand?
Jom ke ladang bunga matahari pula untuk ber’ootd’.
Anda juga boleh membawa anak-anak melihat burung unta dan telurnya di Ladang Burung Unta yang terletak di Padang Besar.
- Lihat Hotel | Lihat Peta Taman Ular | Lihat Peta Ladang Burung Unta | Pengangkutan | Tiket masuk RM4 bagi dewasa | Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang
Hutan Lipur Bukit Ayer & Hutan Lipur Bukit Kubu
Seperti gelarannya negeri permai lagi mempersona ini turut kaya dengan tarikan alam semulajadi seperti Hutan Lipur Bukit Ayer, Taman Rekreasi Bukit Jernih dan Hutan Lipur Bukit Kubu.
Di sini anda boleh mandi-manda bersama ahli keluarga serta meluangkan masa untuk berkelah beramai-ramai.
Pemandangan yang menghijau serta bunyi deruan air terjun semestinya menenangkan halwa telinga anda! Jika ke Hutan Lipur Bukit Ayer, anda boleh mengikuti aktiviti mendaki yang dikendalikan oleh jabatan perhutanan.
Hutan Lipur Bukit Kubu pula menawarkan panorama indah serta mempunyai tarikan tersendiri iaitu Gua Ikan dan Gua Harimau.
- Lihat Hotel | Lihat Peta Hutan Lipur Ayer | Lihat Peta Hutan Lipur Bukit Kubu | Pengangkutan | Masuk adalah percuma dibuka dari 8 pagi – 5 petang
ATV Maneq Hills Adventure
Jika berhasrat untuk melakukan aktiviti yang lasak, anda boleh mengunjungi ATV Maneq Hills Adventure bagi menempuh 15 halangan ketika mengemudikan ATV bagi menjelajah Bukit Manik.
Menariknya tentang aktiviti ini kerana ia tidak menetapkan had umur untuk turut serta, makanya anak-anak anda turut berpeluang untuk mencuba aktiviti lasak ini!
Jangan ragu-ragu untuk membiarkan anak-anak anda mengemudikan ATV, kerana jurulatih mereka sedia membantu dan memantau keselamatan peserta mereka.
Anda boleh ke sini pada bila-bila masa sahaja kerana ia beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi atau 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 7, 02100 Kangar, Perlis
Gua Kelam & Gua Wang Burma
Gua batu kapur ini terletak di pekan Kaki Bukit dan pernah dijadikan sebagai jalan penghubung bagi penduduk Wang Kelian dan penduduk Kaki Bukit.
Namun kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Perlis.
Jika ke sini anda berpeluang untuk meneroka isi gua dengan melalui jambatan gantung.
Malah ia turut dikenali sebagai Taman Rahsia Perlis atau Secret Backyard of Perlis.
Hal ini kerana, anda akan disajikan dengan panorama taman yang indah di hujung perjalanan melalui jambatan kayu.
Antara aktiviti menarik di sini adalah rock hiking, mountain hiking dan flying fox serta bergambar di Gua Kelam 3D Galery.
Destinasi gua lain yang turut menarik untuk dilawati adalah Gua Wang Burma. Gua Wang Burma ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gua Wang Burma Satu dan Gua Wang Burma Dua.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | Tiket masuk RM5 untuk dewasa | Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis
Bukit Keteri
Destinasi ini pula sesuai bagi pecinta alam dan aktiviti lasak. Bukit Keteri yang terletak di Kangar ini dikatakan hasil daripada sebuah gua raksasa yang mana salah sebuah ruangnya dapat menampung jet jumbo!
Di sini anda dapat melakukan aktiviti panjat batu atau lebih dikenali sebagai ‘Rock Rock climbing’ yang mana dikatakan antara bukit yang paling sukar dipanjat di Asia!
Bukan sahaja berpuas hati kerana dapat memanjat sehingga ke puncak malah panorama sawah padi yang disajikan begitu memukau pandangan anda!
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 02450 Kangar, Perlis
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Satu lagi destinasi menarik yang terletak di Kangar iaitu Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Ia diberi nama sempena Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.
Di sini anda akan menikmati pemandangan pelbagai warna bunga kertas yang berlatarkan Bukit Cenderawasih. Selain daripada bergambar di sekitarnya, anda juga boleh duduk bersantai dan berjogging di laluan yang disediakan.
Pihak pengurusan taman turut menyediakan tangga untuk anda memanjat ke kawasan yang berbukit, anda pasti terpesona apabila melihat pemandangan penuh taman ini daripada atas bukit tersebut.
Bagi melakukan aktiviti rekreasi anda boleh lawati beberapa taman lain seperti Taman Rekreasi Tasik Melati dan Taman Merdeka.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pengangkutan | 01000 Kangar, Perlis
Padang Besar & Nat Pokok Getah
Anda ingin membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan? Jom singgah ke Padang Besar yang terletak bersempadan dengan negara Thailand.
Di sini terdapat pelbagai jenis barangan daripada pakaian, makanan, peralatan dapur sehinggalah barangan persiapan perkahwinan turut dijual!
Antara destinasi membeli-belah yang terkenal di Perlis adalah Nat Pokok Getah.
Namanya seunik destinasinya yang bertempat di kawasan pokok getah! Pasar pagi ini hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Ahad seawal jam 7.30 pagi sehinggan jam 12.00 tengahari. Jika anda mencari barangan antik, datanglah ke Nat Pokok Getah ini.
- Lihat Hotel | Lihat Peta Padang Besar | Lihat Peta Nat Pokok Getah | Pengangkutan | Kampung Kubang, 02600 Arau, Perlis
Bersambung…