10 Tempat Menarik Di Pekan Pahang [Ride] | Melancong.my

10 Tempat Menarik Di Pekan Pahang [Ride] | Melancong.my

Apa yang menarik ada di Pekan Pahang tempat kelahiran Dato’ Sri Najib Razak ini?

Jika anda sudah pergi melancong ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia sebelum ini, maka inilah masanya untuk menyerlahkan salah satu permata tersembunyi iaitu bandar Pekan.

Pekan terletak di negeri Pahang dan berjarak 3.5 jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Jika anda boleh memandu, inilah destinasi hujung minggu yang anda boleh lakukan pelbagai aktiviti menarik dalam sehari, pun begitu kami yakin anda pasti terkejut dengan keunikan destinasi ini.

Mari kita lihat 10 perkara menarik yang ada di Pekan Pahang.


Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium-Sultan-Abu-Bakar-Mohd-Hatta
Muzium Sultan Abu Bakar | Imej oleh: Mohd Hatta

Apakata di percutian pada kali ini kita mulai dengan destinasi yang bersejarah dahulu. Percutian anda pasti lebih menarik apabila anda mengetahui tentang sejarah tempat ini terlebih dahulu.

Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Sultan Ahmad ini menghimpunkan barangan sejarah yan antik seperti barang-barang China kuno yang dihasilkan daripada kaca dan tembikar.

Ruang-Pamer-Luar-Muzium-Sultan-Abu-Bakar-Mohd-Hatta-Aizzuddin-Daud
Ruang Pamer Luar Muzium Sultan Abu Bakar | Imej oleh: Mohd Hatta Aizzuddin Daud

Muzium ini pernah dijadikan sebagai kediaman bagi Residen British yang pertama di Pahang, seterusnya dijadikan ibu pejabat Tentera Jepun dan kemudiannya menjadi Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.


Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi

Kompleks-Kampung-Budaya-Pulau-Keladi-Allure
Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi | Imej oleh: Allure

Sesuai dengan jolokan namanya iaitu bandar diraja, bandar ini turut kaya dengan hasil tenun sutera Pahang. Anda mungkin sudah mengetahui serba sedikit tentang sejarah tenunan ini di Galeri Tun Teja yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar.

Di kompleks ini anda bakal mengetahui dengan lebih terperinci tentang hasil tenun tersebut.

Kompleks-Kampung-Budaya-Pulau-Keladi-Allure-2
Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi | Imej oleh: Allure

Anda berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana masyarakat di sini menenun sutera dengan pelbagai corak dan fabrik bermula dengan pelbagai peringkat.

Nak cuba menenun sutera atau membeli sepasang dua kain sutera yang sudah siap diproses? Jom singgah ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini.


Muzium Masjid Sultan Abdullah

Muzium-Masjid-Sultan-Abdullah-Raja-Azualiza
Muzium Masjid Sultan Abdullah | Imej oleh: Raja Azualiza

Satu lagi destinasi bersejarah yang terletak di bandar diraja ini adalah Muzium Masjid Sultan Abdullah.

Keunikan tentang lokasi ini kerana ia turut dikenali sebagai ‘Taj Mahal Pekan’ ekoran daripada penggunaan warna putih, struktur binaan serta kolam yang terdapat di perkarangannya yang menjadikannya seolah-olah klon Taj Mahal!

Sultan-Abdullah-Mosque-Museum-Azhar-A
Sultan Abdullah Mosque Museum | Imej oleh: Azhar A

Masjid yang menggunakan senibina Moorish ini mempunyai beberapa bahagian iaitu ruang pameran, ruang solat, ruang berbincang dan ilmiah yang mempunyai tiga elemen iaitu sumbangan islam dalam tamadun dunia, islam di Pahang dan koleksi diraja.

Jom rasai pengalaman seakan-akan bercuti di Taj Mahal versi Malaysia.


Istana Mangga Tunggal

Istana-Mangga-Tunggal-Ikmal-Fitri
Istana Mangga Tunggal | Imej oleh: Ikmal-Fitri

Selain daripada muzium, Pekan turut mempunyai tarikan pelancongan di kawasan istana lama.

Istana Mangga Tunggal ini pernah menjadi kediaman bagi Panglima Perang yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama.

Ruang-tengah-Istana-Mangga-Tunggal-Ikmal-Fitri
Ruang Tengah Istana Mangga Tunggal | Imej oleh: Ikmal-Fitri

Istana yang menggunakan khidmat pertukangan mahir daripada Awang Mat Ali ini mendapat nama sempena pohon mangga di kawasan istana tersebut yang hanya mengeluarkan sebiji buah sahaja pada setiap kali musimnya.

Istana ini turut menjadi tempat bersemayam kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.


Rumah Kelahiran Tun Razak

Rumah-Tempat-Lahir-Tun-Abdul-Razak-Andy-T-C-Chong
Rumah Tempat Lahir Tun Abdul Razak | Imej oleh: Andy T.C Chong

Destinasi yang turut terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini begitu ikonik dan bersejarah bukan sahaja buat warga Pekan malah seluruh warga Malaysia.

Di sini terletaknya Rumah Kelahiran Tun Razak yang merupakan mantan perdana menteri kedua Malaysia. Rumah kelahiran ini telah dibina semula mengikut reka bentuk asal iaitu tanpa bilik dan susun atur perabot lama yang cukup menggamit memori.

Rumah-Tempat-Lahir-Tun-Abdul-Razak-Andrew-Tan
Rumah Tempat Lahir Tun Abdul Razak | Imej oleh: Andrew Tan

Di sini turut terdapat galeri yang mempamerkan keris, al-Quran, radio dan pelbagai koleksi barangan yang digunakan oleh Tun Razak.

Selesai lawatan anda di rumah ini, anda juga boleh melihat rumah tradisional Pahang yang begitu cantik dan unik dengan reka bentuknya yang berada di sebelah rumah kelahiran ini.


Pekan River Cruise

Pekan-River-Cruise-Norfian-Nazir
Pekan River Cruise | Imej oleh: Norfian Nazir

Di Pekan, Pahang ini turut terkenal dengan aktiviti menyusuri sungai atau River Cruise di sekitar Sungai Pahang. Aktiviti ini membolehkan anda untuk melihat para nelayan yang sibuk dengan aktiviti menjala mereka.

Sungai Pahang yang cukup terkenal dengan hasil udang galah ini pasti memberi pulangan yang cukup lumayan buat mereka.

Pekan-River-Entrance-Ayub-Abd-Rahim
Pekan River Entrance | Imej oleh: Ayub Abd Rahim

Selain itu, anda boleh melihat cara pembuatan ikan sangkar yang dihasilkan oleh penduduk di perkampungan Kemboja. Sebelum menamatkan perjalanan ini, anda bakal dibawa ke sebuah pulau yang begitu menarik iaitu Pulau Kucing (Meaw Island).

Pulau Kucing merupakan habitat bagi kucing terbiar agar mereka dapat membesar dengan lebih sihat di dalam persekitaran yang lebih terurus.


Pekan Sari

Flea-Market-Pekan-Sehari-FD
Flea Market Pekan Sehari | Imej oleh: FD

Pekan Sari atau Pekan Sehari ini sudah beroperasi lebih 80 tahun di pinggir Sungai Pahang. Destinasi ini sama seperti pasar yang lain di mana mereka menawarkan barangan keperluan harian buat penduduk setempat.

Namun jika anda seorang pelancong, destinasi ini begitu menarik untuk anda terokai bagi melihat gelagat mereka berjual beli.

Pasar-Malam-Ahad-EE-Putra
Pasar Malam Ahad | Imej oleh: EE Putra

Di pekan ini, anda boleh mendapatkan beberapa kuih tradisional seperti kuih qasidah, suji, apam baghdad dan lemang periuk kera.

Selain itu pelbagai sayur dan ulaman seperti pucuk paku dan rebung yang sukar untuk anda temui di kawasan kota! Di sini anda boleh menemui pelbagai ubat tradisional yang dihasilkan mengunakan akar kayu. Pekan Sehari ini boleh dikunjungi pada hari sabtu seawal jam 7 pagi hingga 1petang.


Sungai Bebar (Sunless Water Jewel)

Sunless-Water-Jewel
Sunless Water Jewel

Pekan, Pahang ini merupakan lokasi yang cukup berbaloi untuk anda terokai kerana ia menyimpan khazanah yang bakal mempesona setiap mata yang memandang.

Sungai Bebar atau lebih terkenal sebagai Sunless Water Jewel yang terletak di kawasan kompleks hutan paya gambut yang terbesar di Asia Tenggara ini mempunyai air yang berwarna hitam keseluruhannya!

Senja-di-Sungai-Bebar-Rosman-Said
Senja di Sungai Bebar | Imej oleh: Rosman Said

Sungai yang mempunyai panjang sekitar 40km ini turut mempunyai beberapa buah perkampungan orang asli. Jadi anda boleh berkhemah di perkampungan tersebut atau menyewa rumah rakit untuk bermalam di sini.

Selain itu anda boleh melakukan aktiviti berkanu dan menaiki bot untuk menikmati suasana sungai tersebut.


Pekan Riverfront

Pekan-Pahang-River-Entrance-Tan-Hover-Keong
Pekan Pahang River Entrance | Imej oleh: Tan Hover Keong

Percutian pada kali ini ternyata penuh dengan data sejarah! Jom kita menikmati suasana yang lebih santai di Pekan Riverfront pula.

Destinasi ini pada asalnya merupakan sebuah pulau kecil yang tidak diketahui, namun pihak ia mula dibangunkan dan menjadi lokasi pilihan untuk pelbagai acara di Pekan ini.

Pekan-Pahang-River-Entrance-Anec-Lim
Pekan Pahang River Entrance | Imej oleh: Anec Lim

Jika tidak puas bersiar-siar di sini, anda boleh ke Taman Tasik Sultan Abu Bakar yang mempunyai tarikan tasik buatan manusia, Pusat Sukan Komuniti dan Pusat Penerangan Pelanocangan. Nak lebih aktiviti menarik dan mencabar?

Jom ke Pantai Air Leleh atau turut dikenali sebagai Pantai Lagenda yang mempunyai tarikan seperti Banana Boat, kayak, ATV, berbasikal dan juga taman permainan kanak-kanak.


Warung Pekan Lama

Warung-Pekan-Lama-Tien-Ping-Lim
Warung Pekan Lama | Imej oleh: Tien Ping Lim

Kedai makan yang satu ini bukan sahaja menjadi pilihan orang kenamaan dan selebriti tanah air Malaysia malah ia sering disinggah oleh Yang Dipertuan Agong ke 16.

Anda pasti tertanya-tanya tentang keistimewaan yang terdapat di kedai ini sehingga ia begitu terkenal.

10 Perkara & Tempat Menarik di Pekan Pahang [TERKINI] 1
Pelbagai Menu Menyelerakan di Warung Pekan Lama | Imej oleh: AidaMY

Warung yang beroperasi seawal jam 8 pagi ini menyediakan pelbagai menu menarik seperti masakan kampung asli Pahang, gulai patin tempoyak, rendang daging dendeng, puding permaisuri, pulut kelapa dan banyak lagi.

Jadi tidak hairanlah jika restoran ini turut mendapat liputan daripada stesen TV3 bagi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.


Ada perkara lain yang menarik di Pekan Pahang boleh anda kongsikan di ruang komen?

Bersambung…

tempat-menarik-di-pekan-pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *