Anda teringin untuk menjadi pemandu Grab? Anda tercari-cari panduan pendaftaran sebagai pemandu Grab tetapi tidak tahu di mana? Tidak perlu mencari lagi kerana kami ingin berkongsi dengan anda cara mendaftar pemandu Grab. Dengan panduan mudah kami ini, anda bakal menikmati penjimatan seperti berikut:
- Jimat masa: Tidak perlu membuka pelbagai laman internet untuk mengenal pasti senarai dokumen yang diperlukan kerana kami sudah menyenaraikannya untuk anda.
- Jimat minyak kereta: Tidak perlu berulang kali pergi ke Pejabat JPJ atau Grab Driver Centre kerana panduan kami menyediakan maklumat yang anda perlukan.
Panduan mendaftar pemandu Grab, dari kami, untuk anda. Kerana kami juga pemandu Grab.
Pemeriksaan PUSPAKOM
Sekiranya kereta anda berusia tiga tahun ke atas, anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk kereta anda.
Klik sini untuk panduan lengkap.
Persiapan kereta
Sebagai pemandu Grab, anda perlu menyediakan beberapa persiapan keselamatan untuk kereta anda. Antara yang perlu ada dalam kereta ialah:
- Pemadam api 1kg
- Segi Tiga reflektif
- Pelekat “e-hailing” di cermin depan dan belakang
- Pelekat pemeriksaan PUSPAKOM
Persiapan pemandu Grab
Untuk menjadi pemandu Grab yang efisien, kami menyarankan anda menyediakan beberapa aksesori berikut untuk keselesaan anda memandu. Aksesori yang diperlukan oleh seseorang pemandu Grab ialah:
- Vehicle mount
- Penyuai kuasa (adapter) dari slot 12V kepada USB
- Kabel USB telefon anda (penggunaan aplikasi Grab menggunakan kuasa bateri dengan banyak, anda perlu sentiasa mengecas telefon pintar anda)
- Bluetooth Headset (untuk khidmat navigasi senyap dan tidak mengganggu penumpang anda)
Kebenaran memandu daripada pemilik
Sekiranya anda bukan pemilik kereta, anda perlu menyediakan sepucuk surat rasmi daripada pemilik kereta yang dialamatkan kepada alamat syarikat Grab. Surat tersebut perlu mengandungi:
- Maklumat pemilik kereta
- Maklumat pemandu Grab
- Penyataan bahawa pemilik membenarkan kenderaannya digunakan untuk tujuan pemanduan Grab
Nota: Kebenaran ini hanya perlu sekiranya pihak insurans kereta tidak menyenaraikan nama pemandu Grab sebagai “named/licensed driver”.
Kebenaran memandu daripada pihak insurans
Sekiranya insurans kereta tersebut memiliki “named drivers” atau “accredited drivers”, anda boleh memasukkan nama anda dalam “duvet demonstrate” insurans berkenaan.
Anda boleh terus memuat turun aplikasi Grab Driver di platform iOS / Android ataupun hadir sendiri ke Grab Driver Centre di Axis Industry Campus, Petaling Jaya, Selangor. Rujuk sini untuk panduan.
Klik pautan ini untuk mendaftar. Jika anda hadir sendiri di GDC untuk mendaftar, sila gunakan kod referal ini: 2DEEF6
Lesen PSV
Untuk memiliki lesen PSV, anda perlu melakukan perkara berikut (dan lulus dengan jayanya bagi setiap peringkat). Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan memohon lesen PSV untuk pemandu Grab, sila klik sini.
- Pemeriksaan kesihatan: Boleh dibuat di mana-mana klinik panel Grab atau mana-mana klinik yang menawarkan perkhidmatan “clinical checkup” untuk lesen PSV. Wajib lulus.
- Kelas teori PSV pemandu e-hailing: Kelas ini disediakan oleh pihak Grab dengan bayaran yang munasabah. Klik pautan di atas untuk maklumat lanjut.
- Peperiksaan PSV: Peperiksaan ini dijalankan oleh pihak JPJ. Selepas menghadiri kelas teori, anda akan mendapat jemputan untuk hadir dalam peperiksaan. Tempoh masa ialah sejam (60 minit) dan terdapat 60 soalan objektif untuk anda jawab. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman mySIKAP JPJ. Wajib lulus.
- Lesen PSV: Mendaftar lesen PSV di mana-mana pejabat JPJ cawangan negeri (kecuali Putrajaya). Dokumen yang diperlukan ialah: a) Laporan pemeriksaan perubatan, b) Salinan lesen memandu c) Pengesahan peperiksaan PSV d) Resit asal bayaran pemeriksaan perubatan e) Kad Pengenalan f) Lesen Memandu. Bayaran ialah RM 20.00 setahun.
Perlindungan PERKESO
Walaupun tidak ada penguatkuasaan daripada pihak Grab, setiap pemandu e-hailing wajib memiliki perlindungan PERKESO. Waft ini dikenali dengan nama Waft Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Kaedah bayaran: Boleh dibuat secara atas talian (on-line) menggunakan portal iPERKESO ataupun secara handbook di kaunter mana-mana pejabat PERKESO.
Kekerapan bayaran: Caruman boleh dibuat secara bulanan atau tahunan.
Pilihan caruman adalah seperti di bawah:
Pilihan/Pelan | Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan | Bayaran Caruman Bulanan | Bayaran Caruman Setahun |
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Sumber: Laman internet PERKESO
Nota
- e-hailing automobile enable (eVP): Anda tidak perlu memohon sendiri eVP kerana pihak Grab akan melakukannya untuk anda. Sebarang kos untuk eVP juga akan ditanggung oleh pihak Grab.
- Geran Kenderaan (RC) atau Sijil Milikan Kenderaan (VOC): Tidak ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan.