Peribahasa: Bagai aur dengan tebing
Maksudnya: Masyarakat yang hidup saling bantu_membantu
Sekali sekala kita kena tahu maksud peribahasa walaupun kita sudah lama tinggal kan alam persekolahan. Bila menyusuri sungai Pahang maka Seri Wangi teringatkan peribahasa ‘Aur dengan Tebing’. Kalau nak tau Aur tu bererti Buluh yang tumbuh di tepi tebing sungai dan saling memerlukan air untuk hidup subur. Makanya sesuailah dengan maksud bahawa kita hidup bermasyarakat perlulah saling bantu membantu.
RIVER CRUISE TEMERLOH
Seri Wangi sudah lama tidak menaiki cruise menyusuri sungai, memang rasa seronok menyusuri sungai, lebih-lebih kalau bersama kawan-kawan atau family jadi bertambahlah meriah suasanya, namun kali ini lebih teruja dapat menaiki river cruise Temerloh menyusuri sungai Pahang yang sangat luas dan terpanjang di Semenanjung Malaysia. Kita akan dapat melihat suasana rumah rumah kampung sepanjang menyusuri sungai Pahang. Bayangkan ketika banjir air sungai Pahang melimpah menyebabkan Negeri Pahang banjir.
Jika kita menaiki Temerloh River Cruise bertolak dari Esplanade Temerloh, terletak di muara Kuala Semantan. Pelayaran mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit menyusuri Sungai Pahang hingga ke Kampung Bangau Tanjung. Rugilah kalau dah ke sini tidak menaiki cruise rasai sendiri pengalaman menyusuri sungai Pahang. Dari jauh kita boleh nampak sangkar-sangkar ikan Patin di sepanjang sungai Pahang.
Jom kita cuti cuti Malaysia ke Temerloh, Pahang antara 18 tempat menarik untuk dilawati bersama family dan kawankawan bersiar dan merasai pengalaman menaiki Temerloh River Cruise melihat keluasan Sungai Pahang.
Baca: Pekan Sehari Temerloh
Pakej Tiket 1: Dewasa – RM6 Kanak-Kanak-RM3