Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Temerloh?
Hah! Memang ramai yang tanyakan soalan tentang Temerloh Pahang ini. Sesiapa yang meminati masakan ikan patin, pasti dia tau pasal Temerloh.
Terletak di tengah Pahang, daerah Temerloh merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana ia kaya dengan tarikan semula jadi dan makanan yang menyelerakan.
Temerloh merangkumi pekan kecil seperti Mentakab, Kerdau, Kuala Krau dan Lanchang. Orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap alam semula jadi pasti akan menyukai daerah ini.
Pekan ini adalah rumah kepada banyak kampung dan terkenal dengan bekalan ikan patin (cat fish).
Bagi kebanyakan penduduk bandar, pengalaman hidup di kampung adalah opinion yang jauh lebih baik dan Temerloh menyediakan percutian ini.
Oleh itu, mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik yang ada di Temerloh.
Dataran Patin
Temerloh begitu terkenal dengan keenakkan hidangan ikan patinnya. Rugilah jika anda sudah ke Temerloh tetapi tidak mencuba hidangan ini.
Dataran Patin ini terletak di pesisir Sungai Pahang yang berhampiran dengan Taman Esplanade.
Di sini terdapat restoran yang menyediakan pelbagai menu menarik berasaskan ikan patin seperti ikan patin masak tempoyak.
Untuk ke restoran ini anda perlu berjalan kaki untuk melalui jambatan gantung bagi merentasi Sungai Pahang.
Selera anda pasti lebih terbuka apabila menikmati hidangan sambil melihat permandangan Sungai Pahang yang terbentang luas!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 8:00pm | 28000, Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang
Taman Tema Air Kubang Gajah
Kubang Gajah Waterpark: Ingin membawa anak-anak anda berseronok di taman tema air? Jom kunjungi Taman Tema Air Kubang Gajah yang terletak di Kampung Sungai Rabit.
Taman tema ini beroperasi seawal jam 9 pagi dan mempunyai beberapa permainan air yang menarik seperti mini zoo.
Tambahan lagi bayaran masuk yang dikenakan bagi orang dewasa dan kanak-kanak begitu berpatutan!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:30pm | Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang
Deerland Park
Deerland merupakan sebuah lokasi pelancongan yang begitu menarik untuk dilawati terutamanya dalam kalangan pencinta alam semulajadi.
Lokasi yang diusahakan oleh Encik Abdullah ini mula siap dibina pada tahun 1996. Diantara haiwan yang terdapat di sini adalah burung unta, rusa timur, rusa nilga, itik kayu dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat tanaman herba, bersantai di pondok memerhati serta menikmati air herba.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menyumpit, jungle monitoring, memerhati brung, memasak, night walking, memancing serta jogging.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 4:00pm | H5P9+67 Lanchang, Pahang
Pusat Pemuliharaan Seladang
Seladang (Bos gaurus) merupakan haiwan kedua terbesar yang terdapat di Malaysia selepas gajah dan turut mengalami kepupusan.
Apabila berkunjung ke Temerloh jangan lepaskan peluang anda untuk melawat ke Pusat Pemuliharaan Seladang.
Di sini anda boleh berjalan kaki untuk mengelilingi kandang-kandang selandang. Menariknya tentang seladang yang terdapat di sini kerana mereka mempunyai nama timangan mengikut jantina.
Antaranya Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang
Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Krau
Krau Vegetation and fauna Reserve: Satu lagi tarikan berkonsepkan alam sekitar yang perlu anda kunjungi di Temerloh ini adalah Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Krau.
Ia merupakan pusat pemuliharaan yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 1923.
Di sini turut menempatkan stesen penyelidikan bagi mengkaji tentang primata, kelawar dan burung. Lokasi ini merupakan habitat utama bagi spesies seladang yang turut didiami oleh orang asli.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 324, C149, Kampung Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah Nationwide Elephant Conservation Centre: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan sebuah destinasi pelancongan yang begitu terkenal di Malaysia.
Di sini anda boleh melihat aktiviti anak gajah, menonton dokumentari proses menyelamat gajah liar, melihat gajah dimandikan, memerhati gajah di kawasan hutan dan banyak lagi.
Setiap aktiviti ini telah ditetapkan mengikut waktu operasi, jadi anda boleh mendapatkan jadualnya terlebih dahulu untuk merancang waktu anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 3:00pm | F1 kuater perhilitan orang asli che wong, 28500 Lanchang, Pahang
Gunung Senyum
Jika anda inginkan aktiviti yang mencabar anda boleh memilih Gunung Senyum sebagai lokasi pendakian bagi memenuhi masa cuti anda.
Gunung Senyum ini mempunyai 25 buah gua yang unik seperti mengalami proses stalagtit dan stalagmit, tempat bersiram puteri bunian, gua yang menyimpan 19 pasang batu nisan dan banyak lagi.
Bagi menyingkap sejarah gunung yang berketinggian 486 meter ini, jom luangkan cuti anda di sini!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Wooded energy of options Kuala Krau
Pekan Sehari Temerloh
Ingin merasai kehidupan pagi di Temerloh? Jom ke Pekan Sehari Temerloh yang beroperasi pada hari ahad seawal jam 7 pagi.
Keunikan pekan ini kerana ia dikatakan merupakan yang terbesar di semenanjung Malaysia yang mempunyai sekitar 1000 peniaga!
Lokasi yang beroperasi sepanjang 2000 meter ini menawarkan pelbagai barangan menarik dan makanan signature Temerloh iaitu ikan patin tempoyak.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 12:00pm | Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang
Vanilla Temerloh
Melancong ketika cuaca yang panas pasti lebih menenangkan jika anda pekena aiskrim! Jom ke Vanilla Temerloh bagi menikmati keenakkan aiskrim yang dihasilkan menggunakan perisa vanilla buatan tempatan.
Di sini anda bukan sahaja boleh menikmati aiskrim vanilla dengan pelbagai topping, malah anda boleh melihat kebun vanilla yang diusahakan oleh mereka.
Di sini turut terdapat jeli kelapa dan nasi kandar untuk anda menjamu selera. Anda juga boleh ke Hogoh De Coco untuk menikmati keenakkan coconut shake di Temerloh.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang
Warong Selai
Buntu mencari lokasi untuk menjamu selera apabila berada di Temerloh? Jom kunjungi Warong Selai yang menyajikan hidangan melayu dan barat.
Antara menu yang ditawarkan adalah rooster grilled, spaghetti, brownies, mee kari, lontong dan banyak lagi.
Menariknya tentang restoran ini kerana menggunakan hiasan dalaman yang klasik dan pasti memukau pandangan anda.
Jadi tidak hairanlah jika orang ramai begitu asyik bergambar apabila berkunjung ke sini!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 3:00pm | Lot 4172, Jalan Maran, Batu 4, 28000, 28000, 28000 Temerloh, Pahang
Bersambung…