Tempat Menarik Wajib Dikunjungi di Jerantut, Pahang !

Tempat Menarik Wajib Dikunjungi di Jerantut, Pahang !

Di sini kami senaraikan antara tempat tempat menarik di daerah Jerantut. Ini hanya sebahagian, mungkin ada lebih banyak lagi tempat menarik yang tak mampu di senaraikan.

Makam Pahlawan Mat Kilau

Terletak di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.Berjarak kira kira 20km dari pusat bandar Jerantut.

Galeri Mat Kilau

Terletak di Kampung Pulau Tawar Jerantut Pahang.

Memaparkan tentang sejarah perjuangan Mat Kilau dan rakan rakannya.Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang ada dipamerkan. Dibuka pada pukul 10 pagi setiap hari ( Dari sumber tertentu katanya hari bekerja sahaja, sila betulkan jika tersilap ).

  • Tiket dewasa = rm2,
  • Tiket kanak-kanak = rm1.

Felda Role Tekam Plantation

Terletak di Sungai Tekam Jerantut Pahang.

Tempat penginapan ekslusif dengan suasana kehijauan di dalam dusun pertanian, sesuai untuk warga bandar yang ingin lari dari hiruk pikuk kotaraya. Ada aktiviti seperti vital air, team constructing, menaiki ATV, Jungle Trekking dan explore gua yang terdapat di kawasan sekitar. Kalau musim durian, boleh menjamu selera hingga puas.

Air terjun Lata Meraung

Salah satu kawasan air terjun yang neatly-liked di kalangan warga Jerantut. Terletak 16km dari pusat bandar. Masuk adalah percuma.

Air terjun Lata Berembun

Berbeza dengan air terjun lata meraung yang mudah dilalui dengan kenderaan, air terjun lata berembun lebih terpelihara dari gangguan manusia kerana tak ramai orang sampai ke sini termasuk orang Jerantut sekalipun. Untuk ke sini memerlukan 30 minit dari Bandar Jerantut ke Ulu Cheka, dari pintu masuk perlu 30 minit lagi off avenue dengan menaiki 4x4WD serta 15 minit trekking. Perlu ada allow dan manual.

Bukit Seladang

Bukit ini terletak lebih kurang 3 kilometer dari Bandar Jerantut. Apa yang menjadi tarikan kepada masyarakat setempat adalah ia memiliki pemandangan yang sangat menarik di mana pemandangan matahari terbit yang sangat cantik dapat dilihat di atas bukit ini pada waktu pagi.

kalau bertuah, dapat melihat awan karpet.

Bukit Panau

Terletak di kampung Baharu. Berketinggian 396 meter.

Keindahan alam sekitar yang dimiliki puncak bukit terutamanya fenomena awan karpet telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melakukan pendakian di situ. Cuma untuk menaikinya, tidak dibenarkan “stroll in”. Perlu ada allow dan manual.

Gunung Tahan

Gunung paling tinggi di semenanjung. Laluan mendaki dari Kuala Tahan di Jerantut lebih mencabar berbanding dari Merapoh Kuala Lipis.

Taman Negara

Sangat neatly-liked dikalangan pelancong asing. Pengunjung boleh melalui jalan darat atau merasai pengalaman menaiki bot menyusuri sungai tembeling melalui jeti kuala tembeling.

Gua Kota Gelanggi

Terdapat lebih 6 gua untuk dijelajahi di sekitar kompleks Taman Warisan ini; Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu. Gua ini terkenal dengan kisah mitos Sang Kelembai.

Purple Forest Bukit Buluh

Terletak di Felda Padang Piol Jerantut. Berketinggian 371 meter dan memilik pemandangan memukau di puncaknya dengan deretan pokok Gelam Merah yang batangnya berwarna merah.

By technique of Ferrata Paya Gunung

Sukan lasak dan mencabar, sesuai untuk mereka yang bersemangat waja dan berhati kering. Aktiviti memanjat dinding batu ini terletak di kampung Paya Gunung.

By technique of Ferrata Tasik Hati

Satu lagi lokasi untuk penggemar sukan lasak memanjat dinding batu ini terletak di Kota Gelanggi. Asalnya adalah sebuah kuari yang terbiar. Aktiviti berkayak di Tasik Hati juga disediakan.

Taman I-City Jerantut

Nama macam taman I City Shah Alam tapi saiznya kecil saja dan masuk percuma. Cukuplah untuk warga bandar beriadah dan melepak malam hari dengan disinari lampu neon berwarna warni. Ada gerai gerai makanan dan juga kereta api mini.

Aza Galeri

Kartunis kelahiran Jerantut yang mencipta nama di majalah Gila gila, kartunis Aza memiliki galeri seni sendiri di bandar lama Jerantut.

Bagi mereka yang rindukan karya dan nukilan kartunis Aza bolehlah singgah di galeri beliau.

Sungai Rengat Ulu Cheka

Lokasi di Kg Koi Ulu Cheka, kira kira 30 km dari Bandar Jerantut.

Sungai Rengat adalah salah satu daripada tarikan terbaru untuk pengunjung bermandi manda dengan kesejukan serta kejernihan air sungai dari kaki gunung, berkhemah, serta bermalam di beberapa homestay/rumah penginapan di sini.

Namun dari jalan besar, pengunjung perlu melalui jalan tidak bertar melalui kebun sawit dan getah kira kira 20 minit lagi. Sebaiknya perlu kenderaan lasak.

Wong GanTeng Campsite Ulu Teh

Kawasan Campsite yang terletak lebih kurang 14km dari Bandar Jerantut. Sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan lari dari hiruk pikuk kota.

Tempat Makan? Antara yang neatly-liked

Warisan PAK DIN

Menyajikan Roti Canai Dan Kari Daging Cincang dan kari kambing yang Terbaik di Jerantut. Ada juga nasi Ayam, roti canai , Nasi Kerabu dan lain lain.

Lokasi : no7 kompleks niaga fasa1, Jalan Bidai, 27000 Jerantut

Sate Temeen

Sate terbaik di Jerantut Pahang. Setanding dengan sate baung di Kelantan dan di Kajang Selangor.

Lokasi : Lot 15494 L, Jalan Kuantan, 27000 Jerantut

Murtabak Jerantut ferry

Jerantut ada banyak jenama Murtabak yang sedap sedap sehingga ada yang menggelar Bandar Jerantut sebagai Bandar Murtabak, salah satunya yang paling terkenal dikalangan orang luar adalah Murtabak Ferry.Boleh lah datang singgah jika dalam perjalanan ke kampung pulau tawar dari bandar Jerantut.

Lokasi : No. 19, Taman Feri Indah, Jln Kg Pulau Mansok – Jerantut Feri, 27150 Jerantut

( Selain itu, jika berkelapangan boleh cuba Murtabak yang top di Jerantut seperti Murtabak Manja, Murtabak Saufi Batu Balai, Murtabak Syed Aziz, Murtabak Fauzi dan lain lain).

Anak dol pizza

Daripada hanya kedai ditepi jalan, kini Pizza Anak Doll mampu memiliki kedai sendiri dan beberapa cawangan di sekitar Pahang. Roti Pizzanya lembut dan ada juga perisa melayu asli macam pizza sambal hitam.Selain pizza, ada nasi goreng, hen carve, lamb carve,pasta, shellout dan lain lain.

Lokasi : No 1& 3 Taman Temin Utama, Jerantut

Z & Z Mak Anjang

Menyediakan pelbagai masakan kampung seperti patin masak tempoyak dan juga gulai asam rom kepala ikan kenerak yang menggunakan biji getah.

Lokasi : No 4, Kompleks Niaga Fasa 1, Jalan Bidai, Bandar Baru Jerantut, Jerantut, Pahang

Syed Roti Canai,Jerantut

Tak lengkap kalau tak senaraikan salah satu kedai roti canai paling ikonik di bandar Jerantut ini. Roti canai Syed Aziz ini adalah salah satu roti canai terbaik turun temurun di negeri Pahang tapi awas !!! kena datang awal pagi, kalau tak terpaksa menunggu lama.

Lokasi : Bandar lama Jerantut.

honourable point out

Sulong Burger Stesen Bas Baru Jerantut

Gerai burger pun masuk dalam checklist. Tapi burger bukan sebarang burger. Walau burger easy je pun, tapi yang membezakan dari orang lain ialah burger ni dibuka waktu pagi di stesyen bas baru Jerantut dan telah beroperasi berpuluh puluh tahun. Rasa daging burgernya rangup.

Lokasi: Stesen Bas baru.

Kedai Imai

Jika di Kuala Lipis ada pulut rendang hitam Anak Pak Jamil , di Jerantut ada restoran Imai yang terkenal dengan pulut dan rendang hitamnya, resepi warisan turun temurun.

Lokasi : Bandar lama Jerantut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *