Mohd Hafiz manfaatkan TikTok promosi pelancongan di Perlis

Mohd Hafiz manfaatkan TikTok promosi pelancongan di Perlis

KANGAR, 20 Jan — Seorang Tiktoker yang standard di Perlis, Mohd Hafiz Md Yatim, 31, memanfaatkan medium sosial berkenaan bagi mempromosikan destinasi menarik dan produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Tiktoker merupakan individu yang kerap berkongsi atau muncul dalam video menerusi aplikasi TikTok.

Jururawat Pakar Urologi neatly being facility swasta di Pulau Pinang yang mesra disapa Aizat atau Ijat itu, mempunyai perwatakan ceria dan mengunakan loghat Perlis dengan gaya bersahaja yang pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menonton video TikToknya.

Akaun TikTok anak jati Mata Ayer, Perlis yang diberi nama ‘@aijat9084’  kini mempunyai seramai 181.100 pengikut dalam aplikasi TikTok.

Menurut Mohd Hafiz beliau mendaftar untuk membuka akaun TitTok pada 2018 dan hanya aktif menghasilkan video menerusi aplikasi tersebut pada Februari 2021 bagi mengisi masa terluang di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendamik COVID-19.

“Sebagai anak jati Perlis, sudah pasti saya rasa bangga dan berpuas hati dapat memperkenalkan produk pelancongan di negeri kelahiran sendiri menguna loghat harian,” katanya kepada Bernama sambil ketawa kecil.

Beliau berkata  antara video TikTok mengenai lokasi pelancongan yang mendapat sambutan hangat ialah Pasar terapung Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) Perlis yang sudah mencecah 1.2 juta penonton dan 80,000 tanda suka (admire).

Mohd Hafiz berkata selain mempromosi detinasi menarik di Perlis beliau juga menghasilkan video memperkenalkan tempat makanan tempatan menarik yang terdapat di negeri ini.

Katanya beliau berazam untuk terus menghasilkan video mempromosikan tempat dan produk makanan di sekitar Perlis bagi membantu ekonomi rakyat negeri ini.

“Saya tidak boleh bantu dari segi lain, jadi saya gunakan pengaruh yang saya ada untuk menaikkan lagi ekonomi rakyat Perlis dan saya dapat lihat ramai yang komen di ruangan video saya mengatakan kandungan saya menarik dan sangat membantu dalam promosikan produk makanan dan tempat menarik di Perlis,” katanya.

Bagi Mohd Hafiz, seelok-eloknya kandungan yang dihasilkan oleh Tiktoker Malaysia mestilah menjaga etika dalam menunjukkan ciri-ciri orang Melayu yang penuh kesopanan untuk menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat dari golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

“Sekarang ini golongan kanak-kanak sudah pandai menggunakan sosial media jadi kandungan yang dibuat mestilah dijaga supaya mereka ini tidak dipengaruhi dengan kandungan yang tidak elok kerana ia juga boleh mencemarkan nama, imej kita dan keluarga.

Haters (pembenci) adalah salah satu cabaran yang menaikkan kita tetapi kalau terlalu melampau sehingga merosakkan imej kita, mungkin jalan terakhir adalah menyekat daripada menonton kandungan video kita,” katanya.

Mohd Hafiz berkata sekiranya sebahagian daripada mereka memberikan komen yang membina serta menjaga aib kita, maka ia akan diterima dan diberikan respon yang positif.

“TikTok ini sekadar suka-suka dan santai sahaja untuk menghilangkan tekanan. Kita juga boleh mendapatkan maklumat yang bermanfaat daripada Tiktoker lain sebab dalam TikTok ini ada juga sudut yang positif bergantung kepada diri kita untuk memilih nak ikut yang macam mana,” katanya.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Fb : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *