Kuala Rompin dan Endau adalah dua tempat yang berbeza di dua negeri yang berbeza. Namun, kedua-duanya hanya terpisah dari segi geografi sahaja manakala selain daripada perkara tersebut Kuala Rompin dan Endau adalah dipandang sebagai satu identiti yang sama menjadi Endau, Rompin. Sebagai anak jati dari kawasan ini, terdapat 6 perkara menarik yang boleh dikongsi mengenai dua tempat ini kepada pembaca yang mungkin berpeluang untuk mengunjungi Endau, Rompin suatu hari nanti.
- Taman Negeri Endau-Rompin
Taman Negeri Endau-Rompin adalah kawasan hutan simpan yang sangat kaya dengan kepelbagaian plant life dan fauna unik. kawasan ini meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin. Taman Negeri Endau-Rompin merupakan habitat utama yang luas bagi pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan-tumbuhan . Banyak spesis plant life dan fauna baru yang sentiasa ditemukan di hutan Taman Negeri ini menjadikannya sebagai khazanah alam yang sangat berharga kepada negara. Pengunjung boleh menyaksikan haiwan seperti monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir bahkan harimau serta harimau bintang dengan mengikuti laluan journey hutan. Selain itu, terdapat juga jeram-jeram yang menyeronokkan dan air terjun yang besar dan sangat cantik. Terdapat banyak laluan untuk ke Taman Negeri Endau-Rompin bergantung kepada dari mana lokasi anda datang. Selain Taman Negeri Endau-Rompin terdapat juga Taman Negara Johor Endau-Rompin yang boleh dilawati.
2. Penghubung ke Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah antara pulau yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Malaysia untuk memelihara dan memulihara kekayaan biodiversiti marin yang ada di pulau tersebut. Pulau Tioman sangat neatly-liked dalam kalangan penyelam dan pencinta laut di Malaysia bahkan dari serata dunia kerana keindahan terumbu karang dan kekayaan spesis hidupan marin di situ disamping keunikan pandangan alam yang memukau. Terdapat dua buah jeti yang berdekatan di kawasan Endau, Rompin yang menjadi akses untuk ke Pulau Tioman iaitu Jeti Tanjung Gemok dan Jeti Mersing. Jeti Tanjung Gemok memakan masa perjalanan bot yang lebih singkat berbanding jeti Mersing yang lebih lama untuk sampai ke Pulau Tioman. Namun, Jeti Mersing adalah lebih mudah kepada pelancong yang menaiki bas kerana berdekatan dengan stesen bas Mersing berbanding Tanjung Gemok yang tiada Stesen bas berdekatan. Selain Pulau Tioman terdapat banyak lagi pulau-pulau lain yang tidak kurang hebatnya sebagai gugusan pulau-pulau di Mersing yang telah diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia.
3. Kawasan Memancing yang Standard
Sebut sahaja Endau, Rompin pasti memberi rasa teruja kepada para kaki pancing di Malaysia. Perairan di sekitar Mersing terdapat banyak gugusan pulau-pulau besar dan kecil yang sebahagiannya diwartakan sebagai Taman laut. Ikan marin membiak di kawasan terumbu karang dan bakau yang ada di pulau-pulau kerana habitat tersebut mampu melindungi anak-anak ikan daripada pemangsa dan juga arus laut disamping menjadi tempat mencari makan dan bermain. Oleh sebab itu, kelimpahan dan kekayaan spesis dan kelimpahan ikan marin di kawasan Endau, Rompin tidak boleh dipertikai kerana terdapat banyak faktor yang sentiasa memastikan keseimbangan komuniti ikan di kawasan tersebut. Oleh yang demikian kawasan perairan di sekitar Endau, Rompin menjadi antara pusat tumpuan kaki pancing laut. Kaki pancing Laut juga akan lebih teruja untuk menjinakkan ikan layaran yang menjadi ikon utama bandar Rompin terutamanya jika pertandingan memancing besar-besaran dijalankan. Selain tu, di kawasan air tawar iaitu di sungai-sungai tidak kurang hebatnya juga penangan kepada para kaki pancing yang mahu mendapatkan Udang galah terutamanya di Sungai Endau dan Sungai Rompin.
4. Ketenangan sawah padi
Sawah padi adalah sinonim dengan kawasan Utara Malaysia, namun di kawasan Endau, Rompin juga terdapat kawasan sawah padi yang luas. Sawah padi tidak kelihatan di sepanjang jalan utama, jika anda memandu dari arah Kuantan anda akan lihat Masjid Sultan Hj Ahmad Shah di Kampung Tanjung Gemok di sebelah kanan anda. Masuk ke susur simpang sebelah masjid tersebut dan anda akan menemukan beberapa kampung dan kawasan sawah padi beberapa kilometer sahaja dari situ. Jika anda dari arah Mersing terdapat juga kawasan kecil sawah padi di kawasan Jalan Mersing menuju ke Pantai Air Papan. Kawasan sawah padi di Endau, Rompin tidaklah gah seperti di utara tanah air namun cukup memberi pesona kepada mata yang menatap. Terdapat banyak kemudahan homestay yang disediakan orang kampung kepada pengunjung-pengunjung luar yang ingin bertandang.
5. Persisir Pantai yang cantik
Pantai adalah identiti penting negara malaysia untuk dikunjungi oleh orang luar negara. Malaysia sangat terkenal dengan mempunyai jalur pantai yang cantik dan putih terutamanya di kawasan pulau-pulau neatly-liked. Di sepanjang jalur pantai dari bandar Mersing menuju ke bandar Rompin terdapat banyak pantai-pantai cantik untuk menjadi destinasi penyinggahan jika anda berpeluang lalu di kawasan Endau, Rompin. Antara pantai yang neatly-liked adalah Pantai Air Papan yang menjadi destinasi tumpuan konvoi motosikal dari selatan tanah air. Selain itu, Pantai Penyabong juga menjadi destinasi tumpuan untuk para pemancing disamping pantai-pantai lain yang cantik untuk berkelah seperti Pantai Telok Gorek, Pantai Mersing, Pantai Rompin, Pantai Lanjut dan sebagainya.
6. Lelong Rompin
Lelong Rompin adalah panggilan orang tempatan untuk pasar pagi di Rompin. Lelong Rompin adalah sebuah kawasan pasar yang luas dan dibuka hanya pada hari Ahad setiap pagi sehingga tengah hari. Pelbagai barangan yang dijual contohnya pakaian, kasut, makanan, pasar basah, sayur dan sebagainya. Lelong Rompin juga menjadi singgahan kepada pengunjung luar terutamanya warga pantai timur Malaysia yang memandu ke negeri selatan atau sebaliknya jika mereka tahu kewujudan Lelong Rompin ini. Suasana sibuk sentiasa terasa apabila menjejakkan kaki disini kerana kebanyakan penduduk tempatan meununggu setiap hari Ahad untuk mencari barang keperluan harian. Lelong ini bukanlah sesuatu yang gah untuk diceritakan sebagai perkara menarik utama namun, kepada yang berkesempatan memandu melalui jalan utama Endau, Rompin boleh singgah sebentar di kawasan Lelong Ahad ini.
Konklusinya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di kawasan sempadan dua negeri ini yang belum diketahui umum masyarakat di Malaysia. Jika anda berpeluang untuk datang ke Endau, Rompin jangan lupa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik seperti yang dinyatakan atau yang selain dari itu, dan menjadikan percutian atau persinggahan anda lebih menarik dengan kenangan-kenangan yang indah.